Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak adalah merupakan Bekas Pengerusi PKR Perak yang juga merupakan bekas Setiausaha Politik kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim
Biodata Penuh Maklumat Lengkap Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak (Biography)
Nama Penuh: Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak
Nickname: Farhash
Tarikh Lahir (D.O.B) :
Status :
Keluarga :
Tempat Lahir Asal :
Kerjaya :
Tempat Belajar : University of Portsmouth
Pengajian :
Contact Information
Facebook :
Twitter :
Instagram :
Youtube :
Isu, fakta dan Kontroversi
- Merupakan bekas Presiden Kelab Anwar Ibrahim (AIC) cawangan United Kingdom
- Mula berkhidmat di Pejabat Anwar Ibrahim sebagai Pembantu Khas kepada Anwar pada tahun 2008
- Pernah menerima anugerah Technopreneur of the year bagi tahun 2018 anjuran SME & Entrepreneurship Bussiness Award (SEBA)
- Pada 14 Disember 2018, parti PKR telah membuat pengumuman mengenai perlantikan pengerusi MPN yang baru iaitu terdiri dari Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak (MPN Perak); Zahir Hassan (MPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); Datuk Johari Abdul (MPN Kedah); Datuk Christina Liew Chin Jin (MPN Sabah); Halim Bachik (MPN Melaka) dan Amiruddin Harun (MPN Negeri Sembilan).
- Pada Disember 30, 2018, Farhash Wafa yang juga merupakan Pengerusi Keadilan Perak telah meminta agar Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk bermuhasabah diri serta seterusnya menerima pelantikan beberapa individu termasuk bekas Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli di samping dua lagi nama sebagai naib presiden parti dan beberapa pelantikan bagi jawatan lain dalam dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat.
- Pada 18 Jun 2019, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan tidak persetujuan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Politiknya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang menggesa Azmin meletakkan jawatannya jika terbukti bersalah berhubung kes video lucah mirip seorang menteri.
- Pada tahun 2019 juga Farhash merupakan antara suspek yang ditahan pihak berkuasa dalam penyebaran video lucah di kalangan ahli PKR yang mengundang pelbagai reaksi di kalangan masyarakat.
- Di dalam sidang akhbar selepas dibebaskan dari tahanan reman Farhash turut menggesa supaya pihak polis dan IGP menangkap Menteri Hal Ehwal Ekonomi YB DATO’ SERI MOHAMED AZMIN BIN ALI
- Pada 24 Julai 2019, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil memaklumkan Lembaga Disiplin PKR akan menghubungi Farhash serta beberapa individu lain untuk mendapatkan penjelasan mengenai kenyataan yang dibuat mereka pada khalayak ramai.
- Pada 5 September 2019 Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menasihati Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang juga merupakan Setiausaha Politiknya supaya menyerahkan dirinya kepada polis untuk membantu siasatan walaupun status laporan polis kes serangan tersebut telah ditarik balik oleh pengadu.
- Pada Selasa, 10 September 2019 dia yang juga merupakan Ketua PKR Perak telah ditahan oleh pihak Polis bagi membantu siasatan kes berhubung kejadian serangan di sebuah Kompleks Sukan di Ampang pada 31 Ogos 2019.
- Pada 6 Oktober 2019 beliau mengeluarkan kenyataan memuji Salleh Said Keruak yang merupakan bekas menteri dari Barisan Nasional (BN) dan memberi pendapat tentang isu kemasukkannya ke dalam PKR.
- Pada 5 Disember 2019, Farhash telah memohon maaf kepada Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard di atas kenyataan terbukanya menyerang dan menuduh chegubard sebagai dalang di sebalik pendedahan Muhammad Yusoff Rawther bekas pekerja Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan salah laku seks.
- Pada Isnin, 9 Disember 2019, farhash membuat kenyataan bahawa pemimpin yang tidak hadir ke mesyuarat dianjurkan parti PKR supaya berhenti ‘meroyan’ di media.
- Farhash mengeluarkan kenyataan tersebut susulan daripada penganjuran majlis makan malam bertemakan Wawasan Kemakmuran Bersama di sebuah hotel di ibu negara PKR yang turut dihadiri oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden, Zuraida Kamaruddin, Tian Chua serta Ali Biju.
Antara kenyataan yang dikeluarkan oleh Farhash:
- “Nak marah sampai merajuk hingga lupa yang diserang bukan sebarang anak Ibrahim, tetapi Anwar (Presiden PKR). Kongres sudah sedia pentas untuk pemimpin dan akar umbi bersuara.
- “Tetapi sekerat jalan belum habis, sudah lari buat sidang media.. memang tak ‘gentleman’
- “Malaysia ini negara majmuk, jadi tak heranlah banyak nama pelik, lebih-lebih lagi saya yang darah kacuk. Salah sangat ke jika orang suka warna hitam sampai dipanggil mafia. Ini orang yang disorak kartel tu perlu ditegur.”
- “Istilah kartel memang negatif kalau kita rujuk kamus,”
Mohamed Azmin ketika berucap pada majlis makan malam Wawasan Kemakmuran Bersama itu menyatakan mengenai perjuangan asal oleh para pendokong dan pekerja parti yang lebih dulu awal bersama dengan PKR dan beliau tidak rela digelar pengkhianat oleh sebilangan pemimpin dan ahli PKR yang dipercayai menyebelahi Anwar yang disifatkannya gagal mengawal mereka yang berada disekelilingnya.