Kool 101 (dahulunya dikenali sebagai Kool FM dan kemudian Buletin FM, digayakan sebagai KOOL 101) ialah sebuah stesen radio swasta Malaysia yang dimiliki oleh Media Prima Berhad melalui anak syarikat radionya, Media Prima Audio, yang menyiarkan dalam bahasa Melayu.
Stesen ini dilancarkan pada 1 Mac 2016. Ia merupakan stesen radio keempat dari Media Prima Audio selepas Eight FM, Fly FM, Hot FM dan sebelum Molek FM.
Stesen radio ini adalah hasil daripada pemerolehan Laureate Sdn. Bhd. pada Oktober 2015, yang memiliki Ultra FM dan Pi Mai FM.
Kool 101 juga merupakan stesen radio pertama Media Prima yang membuang akhiran “FM” daripada nama jenamanya.










