Berikut adalah Senarai Jenis Nama Durian di Malaysia Terkini 2023 yang boleh dijadikan sebagai sumber rujukan untuk senarai daftar durian baru dan popular di negara kita.
Ada di antara jenis durian ini adalah merupakan jenis klon dengan pelbagai harga dari yang paling murah hingga ke yang paling mahal berbanding durian kampung mengikut musim dan pasaran.
[lwptoc numeration=”none”]
10 durian paling popular di Malaysia
Musang King
Durian Musang King merupakan salah satu jenis durian yang paling popular di Malaysia.
Ia mempunyai isi yang krim dan lembut dengan aroma yang sangat manis walaupun hanya pada bau-bauan sahaja.
Durian ini biasanya memiliki biji yang kecil dan tekstur yang lembut.
D24
Durian D24 juga merupakan durian yang terkenal di Malaysia. Ia memiliki isi yang kuning dan lembut dengan rasa yang manis dan sedikit pahit. Durian ini juga mempunyai aroma yang kuat dan unik.
XO
Durian XO adalah jenis durian yang mempunyai daging yang tebal dan berwarna kuning.
Ia memiliki rasa yang manis dengan sedikit keasaman dan tekstur yang lembut. Durian ini sering digunakan untuk pembuatan makanan penutup seperti ais krim durian.
Durian Kampung
Durian kampung adalah jenis durian yang banyak ditemui di kawasan luar bandar dan kampung-kampung di Malaysia.
Ia memiliki isi yang pelbagai rupa warna dan rasa. Harga nya agak murah dan lebih bersifat marhaen.
Baunya juga kurang durian berbanding jenis yang lain.
Black Thorn (aka Duri Hitam)
Durian Black Thorn adalah jenis durian yang baru-baru ini mendapat populariti di Malaysia.
Ia memiliki daging yang tebal dan lembut dengan rasa yang manis dan sedikit pahit.
Durian ini memiliki biji yang kecil dan lazimnya berwarna oren keemasan
Tekka
Durian Tekka adalah jenis durian yang popular di Singapura dan juga ditemui di Malaysia.
Ia memiliki isi yang kuning dan lembut dengan rasa yang manis dan sedikit pahit. Durian Tekka juga mempunyai aroma yang harum dan kuat.
Namun pada penggemar buah durian ini lazimnya tak mengira sangat jenis durian yang penting ianya durian. “Durian mangkor pun deme boleh makan.”
Senarai Jenis Nama Durian di Malaysia Terkini 2023
D2 – Durian Dato Nina
D10 – Durian Hijau
D13 – Durian Golden Burn
D24 – Durian Sultan
D88 – Durian Bangkok T8
D96 – Durian Bangkok A
D98 – Katoi
D99 – Kop Kecik
D101 – Bangkok T16
D108 – Nasi Kunyit
D118 – Durian Tembaga
D120 – Manong
D123 – Chanee
D129 – Chanee gold / mas
D132 – Eddie Special
D144 – Hybrid D2-24
D145 – Beserah
D146 – Lempur mas
D148 – Peduka
D150 – Emping mas
D151 – Kancong Darat
D155 – Sri Kaya
D156 – Kampung Perak
D158 – Kanyou Cheong Peng
D159 – Monthong Hijau
D160 – Musang Queen/ Tekka
D162 – Tawa
D163 – Horlor
D166 – Balik Pulau 604
D167 – Pokok Buaya
D168 – Hjh Hasmah/ioi/Mas Muar
D169 – Tok Litok
D170 – Kepala Babi
D171 – Sg. Sut
D172 – Durian Botak
D174 – Hj Sani
D175 – Udang Merah
D183 – Kop besar
D186 – Nasi Kunyit Ganu
D188 -MDUR78
D189 -MDUR79
D190 – MDUR88
D194 – Gabai
D197 – Musang King
D198 – Kim Hong/ Penang 828
D200 – Duri Hitam
D201 – Kim Lung (Hak Baka)
D202 – Apian
D203 – Kappai
D204 – Bintang
D205 – Lipur
D206 – Tok Merah
D207 – Jantung
D208 – Kang Hai
D209 – Tepi Sungai
D210 – Pak Awang
D211 – Kuala Paya Merah
D212 – Durian S17
D213 – Durian Tungku 3
D214 – Durian Tupai 226*
D215 – Durian WM
D216 – J Sparrow
D217 – Jerai
*Updated 2023
Pelbagai jenis durian ini mempunyai pelbagai rasa terbaik yang berbeza bagi penggemar durian. Sudah tentu juga setiap orang mempunyai pernilaian berbeza tentang mana jenis varieti durian paling sedap untuk dimakan, dibuat bubur atau resepi masakan lain atau untuk dijual.
Antara tempat popular dan best yang menghasilkan jenis durian berkualiti dan disukai ramai adalah seperti yang berasal dari batu kurau (Perak), raub (Pahang) dan balik pulau (Penang). Tidak kurang juga ianya banyak terdapat di negeri Sabah dan Sarawak. Selain Malaysia, rakyat negara lain yang turut menjadi penggemar durian di dunia adalah seperti dari China, Indonesia, Thailand, Singapore dan lain-lain.
Semoga perkongsian Senarai Jenis Nama Durian di Malaysia Terkini dan terbaru 2023 / 2024 ini bermanfaat buat anda semua